pic : google
Dear Customer :-)
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi melawat blog ini. Kepada yang berminat ingin menempah jangan malu-malu atau segan untuk bertanya. Saya lebih suka dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), ini kerana segala data tempahan akan disimpan di dalam INBOX. Ini dapat membantu saya dari kekeliruan tempahan. Jika anda ingin menghubungi terus pun tiada masalah :-) Cuma kadang-kala tidak tercapai tangan untuk mengambil pen dan kertas untuk mencatat order pelanggan secara spontan. Dan kadang-kala pelanggan terus bertanya harga. Kelam kabut juga nak mengingat harga satu-persatu, maklumlah jika ditanya soalan secara tiba-tiba fikiran akan jadi blur sedikit :-) Jadi untuk memudahkan anda, sila semak dahulu harga yang saya telah sediakan di bahagian KANAN blog. Jangan risau diskaun akan diberikan jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak :-) Itu janji saya di FJ Homemade..
Saya menghargai semua pelanggan saya, kerana disebabkan anda semualah membuatkan blog ini makin hari makin di kunjungi pelanggan dan makin ramai yang berminat untuk membuat tempahan :-) Syukur Alhamdulillah.. Di FJ Homemade tiada istilah pilih kasih dalam melayani pelanggan, baik pelanggan yang membuat tempahan sedikit mahupun banyak. Bagi saya itu semua rezeki dari ALLAH untuk saya dan anda sebagai perantaraannya :-)
Semoga sepanjang tahun ini ada berita gembira yang menanti kita semua.. Amin :-)
FJ Homemade,
Admin- Farah 01/03/2014